Buah turunkan berat badan

Sabtu, 19 November 2011

0 comments
Menurut kajian, ada beberapa buah yang efisien dalam membantu anda menurunkan berat badan jika diamal pemakanannya. Buah-buahan tersebut ialah:
1. Limau Gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
Ada kajian mengapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
Buah ini terdiri dari 92 peratus air dan mampu memberikan signal kekenyangan kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut teransang.


6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam badan menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.



Sumber: Berita Harian, segmen BH1klassifieds, muka surat C16, di keluarkan pada hari khamis, 9 Disember 2010.











Tapi... saya tetap suka buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, dan mangga yang juga tinggi seratnya dan kandungan air serta antioksidan. Selain itu, kurma juga merupakan makanan terbaik pada saya,.