Adakah Anda Tahu?
1. Pertanian Semulajadi (Natural Farming)
Natural Farming (NF) merupakan salah satu kaedah pertanian secara mampan dengan menggunakan sumber semulajadi yang berada di sekeliling kita seperti mikroorganisma, enzim serta baja hasilan daripada tumbuhan dan haiwan.
2. Kebaikan NF
Kebaikan NF adalah untuk menghasilkan makanan yang selamat, mesra alam, menggunakan sisa bahan makanan serta menyuburkan tanah.
3. 5 jenis baja cecair NF iaitu:
1. Baja Hijau
2. Baja Buah-buahan
3. Baja berasaskan Ikan
4. Baja berasaskan Tulang
5. Baja berasaskan Kulit Siput / Telur / Kerang
4. Kaedah membuat Baja Hijau
i. Potong 1 kg tumbuhan / buah hijau (kangkung / batang pisang / buah muda)
ii. Campurkan 1 kg gula merah
iii. Tutup dengan kertas putih dan ikat
iv. Peram selama 7 hari
v. Tapis untuk dapatkan cecair baja
vi. Ambil 1 sudu besar cecair baja dan campur ke dalam 5 liter air
vii. Siram pada tanaman
5. Kaedah membuat Baja buah-buahan
i. Potong 1 kg buah-buahan
ii. Campurkan 1 kg gula merah
iii. Tutup dengan kertas putih dan ikat
iv. Peram selama 7 hari
v. Tapis untuk dapatkan cecair baja
vi. Ambil 1 sudu besar cecair baja dan campur ke dalam 5 liter air
vii. Siram pada tanaman
100 perkara anda perlu tahu berkaitan tanaman dan pertanian (bahagian 1)
Isnin, 6 Disember 2010
Posted by masteramuk at 9:10 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)