Buah Manga Epal

Isnin, 30 Januari 2012

0 comments
Hasil terkini dari kebun sekangkang kera aku... Mangga Epal .. gambar pokok ni nanti aku amik




Untuk beberapa gambar lain boleh dilihat di:

  1. http://haszeli.blogspot.com/2012/01/promosi-mangga-epal.html
  2. http://haszeli-photos.blogspot.com/2012/01/model-dan-buah.html

Pisang di kebun sekangkang kera

Selasa, 24 Januari 2012

0 comments
Hari ni tok wan nak share gambar-gambar pisang tok wan yang ditanam kat belakang rumah. Ini yang ke 6 ke 7.. Yang dulu tok wan tak sempat amik gambar sebab tak de kamera. Ni baru ada. Inilah bestnya berbakti pada tanah walaupun kecik je tanah tu...





Gambar ni ada juga yang tok wan postkan kat FB kawan tok wan... ada yg nanti tokwan jual kan.. nak dapat duit... hehehe

 p/s: rezeki Allah... moga berterusan Allah berikan rezeki dan bertambah banyak rezeki abah aku yang banyak mengajar aku mengenai tanaman ni

Makanan yang mampu meransang hubungan suami isteri

Isnin, 16 Januari 2012

0 comments
Di sini, tok wan nak berkongsi sedikit berdasarkan petikan dari surat khabar akan makanan yang boleh di tanam atau didapati di pasar yang mampu membantu anda yang mempunyai masalah dalam hubungan bersama pasangan anda (untuk yang berkahwin sahaja... masalah kekasih tidak boleh diatasi)

Makanan terbaik untuk merangsang kembali hubungan suami isteri ialah:
Batang sadri (celery) - Mengandungi androsterone (hormon tanpa bau yang dirembeskan melalui peluh). Untuk lelaki sahaja.

Tiram - Kaya dengan zink dan zat besi dalam meningkatkan sperma dan testosteron (lelaki sahaja).

Pisang - Kandungan enzim bromelain dipercayai mampu membangkitkan nafsu anda. Selain itu, potasium dan vitamin B juga membantu meningkatkan tenaga anda

Koko (dalam bentuk coklat) - Mengandungi theobromine dan phenylethylamine yang boleh mencetuskan perasaan seronok. Cukup sesuai dimakan sambil menonton TV bersama pasangan dan seterusnya membangkitkan rasa untuk bersama pasangan anda.

Avocado - Kaya dengan asid folik, potasium, dan vitamin B6 yang diperlukan bagi wanita dan lelaki dalam meningkatkan hormon masing-masing.

Badam - Baik untuk membangkitkan selera si-isteri dan penghasilan hormon untuk lelaki.

Mangga, peach dan strawberi - Sekadar penambah kekuatan dalam hubungan bersama.

Telur - Membantu mengurangkan stress dan memaksimumkan tenaga untuk bersama.

Bawang Putih - Mengandungi allicin yang mampu meningkatkan aliran darah ke organ seksual.

Tok wan berkongsi tips ni kerana ramailah anak muda sekarang yang kahwin tetapi tidak mampu membahagiakan pasangan masing-masing. Dan kepada yang belum kahwin, anda DIHARAMKAN melakukannya, tetapi tidak dilarang untuk mempelajari ilmu berkaitan makanan terbaik untuk melayari kehidupan selepas berumah-tangga kelak.






Dipetik dari paparan Berita Harian pada hari Khamis, 29 Disember 2011 (dan diolah sedikit).

Membuat Baja Kompos dari bahan Organik

Khamis, 12 Januari 2012

0 comments

Pengenalan
Kompos adalah sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah.  Ianya terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan oleh mikroorganisma.  Proses pereputan ini adalah penting kerana ia menukar sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna.  Walau bagaimanapun kualiti baja kompos bergantung kepada cara membuatnya.  Perhatian perlu diberi ke atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti.
Tapak Membuat baja Kompos
Bangsal atau pondok kompos adalah disyorkan untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti.  Binaan ini memberi persekitaran yang terkawal untuk membuat kompos dan boleh mengelakkan dari kehilangan nutrien disebabkan oleh larutlesap semasa hujan yang lebat.  Sekiranya tiada pondok atau bangsal, tapak yang dipilih hendaklah berhampiran dengan sumber bekalan air (untuk membasahkan baja kompos), mempunyai sistem saliran yang baik dan mempunyai teduhan (seperti di bawah pokok).
Bahan-bahan Untuk Kompos
  1. Sisa Bahan Berkarbon
    Jerami padi, habuk kayu, daun tebu, batang kekacang, batang keledek, daun kering, batang jagung yang dicincang, empulur jagung, rumput kering, hancuran kertas dan lain-lain.
     
  2. Sisa Bahan Bernitrogen
    Najis haiwan, hampa padi, rumpai segar, sisa sayuran, sampah sarap dan lain-lain.
Membalikkan Longgokan Kompos
Pada amnya, kompos boleh diguna selepas tiga bulan proses membuatnya dijalankan.  Darjah/kadar pereputan di dalam satu-satu longgokan kompos adalah berbeza.  Untuk itu adalah penting untuk membalik dan meggaul longgokan kompos setiap dua atau tiga minggu sekali bagi mendapatkan baja kompos yang mempunyai kualiti yang seragam.  Proses menggaul perlu diulang dua ke tiga kali sepanjang proses membuat kompos.  Siraman air tambahan adalah perlu sekiranya bahan kompos terlalu kering.
Bagaimana Menggunakan Baja Kompos
Bagi tanaman seperti jagung, keledek, tembakau, sayur-sayuran dan bunga hiasan, baja kompos perlu ditabur di atas tanah sebelum dibajak.  Sebaliknya bagi tanaman kekal, seperti pokok buah-buahan dan teh, baja kompos perlu ditabur di sekitar batang pokok.  Kadar penggunaan baja kompos yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Kadar yang disyorkan penggunaan baja kompos di Taiwan
       Jenis tanaman
      Kadar

Tanaman tanah tinggi
    Jagung
    Keledek dan Teh
    Tembakau


10,000-20,000 kg/ha
20,000-25,000 kg/ha
15,000-20,000 kg/ha

Tanaman Buah-buahan
    Limau
    Belimbing
    Betik
    Nanas


10 kg/pokok
15 kg/pokok (dibubuh semasa menanam benih)
10,000 kg/ha
15,000 kg/ha

Sayuran
   Sayur jenis daun
   Sayur jenis buah
   Sayur jenis umbisi
   Sayur jenis bebawang


10,000-20,000 kg/ha
10,000-20,000 kg/ha
10,000-30,000 kg/ha
10,000-20,000 kg/ha


Amaran/Perhatian
  1. Pada amnya, baja kompos sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semua nutrien bagi tanaman terutamanya bagi unsur nitrogen.  Oleh itu baja kimia, adalah perlu digunakan sebagai tambahan kepada baja kompos.  Kadar tambahan bagi setiap elemen/nutrien bergantung pada kualiti bahan mentah yang digunakan dalam membuat kerja kompos.
     
  2. Sesetengah sisa organik, terutama sisa makanan mungkin tidak sesuai untuk dijadikan bahan mentah untuk baja kompos kerana kandungan logam berat atau keasidan yang tinggi.  Perhatian perlu diambil tentang jenis bahan organik baru yang hendak digunakan buat pertama kali.

Tips Membuat Baja Kompos

0 comments
Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini. 

Antara bahan-bahan membuat baja kompos 

Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan. 

Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada) 

Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria. 

Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ. 

Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria 

Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti 


Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai. 

kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir) 

Kaedah Membuatnya: 

Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan 

Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering 
mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi 

Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik 

Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi 

Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil. 

Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.

Sumber adalah dari Blog LoveHijau. Kredit kepada pengarang asal di lovehijau.com